Sunday, October 10, 2010

Bumbung Minangkabau

oh kampung ku!!
untuk pengetahuan anda semua, kampung mak saya dekat Senaling, Kuala Pilah, N.9..
Bila balik je kampung..
Korang akan terpegun melihat kampung-kampung lama yang masih tersergam indah dekat sana.
cuma..ada sesetengah rumah kampung yang sudah di ubah dan ditambah-tambah..
Bumbungnya yang panjang, melentik dan kedua-dua hujungnya naik ke atas sedikit.

above is the example of rumah minangkabau..



this is what i sketch..
later..i will improve my stroke of line..

yang atas bumbung yang ada sekarang..
yang bawah tu bumbung lama di indonesia.

ok..
It is called Rumah Adat Minangkabau (rumah besar) or Rumah Gadang
 (sebutan orang n.9 : godang) especially for the grou ethnic inWest Sumatra, Indonesia..
The real function is the place for living in, the meeting of the family, and others event.

Masyarakat Minang mengamalkan konsep keibuan iaitu kuasa pemilikan harta dan tanah warisan dari ibu kepada anak perempuannya.
Manakala, bagi pihak lelaki pula, mereka berkuasa dalam hal agama dan politik.


hum,..
kenapa bumbung minangkabau melengkung macam tu?
macam tanduk kerbau kan..?

Let me explain..
Commonly..
Ia adalah sebuah rumah panjang yang berbentuk segi empat tepat, yang hujungnya berbentuk tanduk kerbau...
hah..betul apa saya cakap..
Selalunya, ia berbumbung tiga tingkat.
Ia diperbuat dari terbinanya truss dan cross-beam,
dan ditutup dengan atap jerami.


Bahan ini adalah bahan yang terkuat dan boleh kekal selama beratus tahun.

Selain daripada itu,bilik untuk kaum wanita dibina seperti rumah-rumah kecil atau rumah tambahan. Ini adalah tanggungjawab seorang bapa bagi memastikan anak perempuan mereka berkahwin.
Bilangan anak yang sudah berkahwin boleh dilihat dengan pemanjangan bumbung yang berbentuk tanduk.
Oleh kerana ia ditambah secara assymetry, rumah gadang kadangkala dilihat tidak seimbang.

NOTA TAMBAHAN
Seperti rumah Melayu Tradisional yang lain, ia juga mempunyai rumah ibu, loteng dan rumah tengah serambi..Selain itu, ia berlantai tinggi dan bertangga kayu.
Rumah minang bersederhana besar, dan mempunyai 16 batang tiang utama.
So, ia dipanggil Rumah Tiang 16.





So..that's all for today..
Other infomation about Minangkabau.?
just leave your comment here...
bye!
wassalam..




2 comments: