Thursday, May 29, 2014

train yang aku panggil ulat sebab memang dia macam ulat

ahh ni semua kerja izi, kalau tak kerana dia panggil train lrt tu ulat, tak kesiorr teman nak panggil natang tu ulat. sini aku nak cerita apa dalam ulat.

Semua orang dengan gadjet masing masing. Masa tu kau rasa macam kau dalam cerita Sepi dengan watak Baizura Kahar dan Piere Andre sebagai Sufi yang aku rasa dia pakai rambut palsu sebab keras semacam , haha dan Khalil. Peduli apa dengan orang lain.
pinjam gugel . 

Dan moment yang lain, ada yang tidur tidur ayam, ada yang tidur nyenyak berdengkur (kau pulak yang risau takut dia terlepas stesen. Ada yang dengar lagu gendang gendang sampai terhangguk hangguk kepala siap pakai headphone bapak besar dabak. Ada yang baca buku, mungkin buat buat baca. Ada yang main game dekat handphone, segala kendi kerashh dan game potong potong buah fruit ninja yang selama ni ada dekat fon tapi tak pernah main pun. haha, 
Dan kau akan dapat lihat pelbagai fesyen hijabista segala, kpop segala . Ada yang sekali pandang macam sailormoon sesat kat malaysia, aku bet dia baru balik dari anime festival gamaknya. ahh mulut  aku jahatnya! Ada baju jogging, baju clubbing , baju muslimahh sejati pun ada. 
aku? kalau naik ulat, selalu pandang dekat luar pintu yang ditulis 'jangan bersandar', tengok jamm dekat luar, kereta beratur yang aku agak memang stress jadi mereka di bawah sana. aku pulak yang stress.  aku tak suka dan tak rasa nak duduk dalam ulat, aku rasa daripada aku mengadap muka orang depan aku yang tak kenal, baik aku mengadap ke luar tingkap, tengok besi, konkrit tinggi bukan?
 

No comments:

Post a Comment